Khamis, 6 Disember 2012

Tayangan Video Contoh Baja Organik- Youtube (Majalah 3)

Saksikan antara contoh Baja Organik Bokashi- sumber dari Youtube (Majalah 3)


Video Tanaman Stevia di Malaysia

Boleh klik di sini untuk melihat tayangan video untuk tanaman Stevia di Malaysia. sumber dari Youtube (TV1)

Sabtu, 24 November 2012


Kemahiran Berfikir :  Membanding beza, mengkatogeri, menyelesaikan masalah.
Bahan Bantu Mengajar  : Buku Teks, Pokok Hiasan, penyiram, serampang tangan, cangkul. Racun serangga dan sekateur.

Penerapan Nilai Murni :
1. Ketelitian
2. Berdisiplin
3. Memberi perhatian
4. Kerjasama
5. Tekun

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Deduktif, induktif, Kontekstual, konstruktif dan komunikatif, soal jawab dab demontrasi.

Pengetahuan Sedia  ada :
1. Murid-murid mengetahui jenis tanaman hiasan
2. Murid-murid telah mengenalpasti kaedah menanam tanaman hiasan.

Objektif Pengajaran :  Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya lima peralatan yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan   
   dengan betul setelah mendengar penerangan guru.
2. Menyatakan empat daripada enam langkah penjagaan tanaman hiasan dengan tepat setelah
    mendengar penerangan guru.
3. Melakukan empat langkah-langkah penjagaan dengan tepat dan betul setelah meneliti
   demontrasi dan penerangan oleh guru.